P1 Dan China Mobile Bakal Mengumumkan Kerjasama Selasa Ini

P1 Dan China Mobile Bakal Mengumumkan Kerjasama Selasa Ini

Diterbitkan pada June 24, 2011 oleh .

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kini melalui Twitter, P1 mengesahkan pengumuman kerjasama mereka bersama-sama dengan China Mobile dalam membangunkan rangkaian LTE. Melalui akaun Twitter @P1Media, mereka memperlihatkan yang mana China Mobile dan P1 akan mengadakan sebuah acara khas pada hari Selasa ini.

Mungkin semua sedia maklum yang mana China Mobile merupakan salah satu rangkaian telekomunikasi terbesar didunia, dengan bilangan pelanggan paling ramai. Ianya diperkatakan yang mana China Mobile dan juga P1 akan bekerjasama dalam membangunkan rangkaian LTE di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Maklumat lanjut berkaitan kerjasama kedua-dua pihak ini mungkin akan diketahui lagi setelah pengumuman rasmi mereka pada 28 Jun ini. Sama-sama kita nantikannya.

Media friends join us Tue 28Jun, 230pm Hilton Sentral: ChinaMobile- P1 LTE event. Tweet us yr name & pub to attend.less than a minute ago via Mobile Web Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN