Aplikasi Android Akan Disokong Pada MeeGo Melalui Alien Dalvik

Diterbitkan pada Jun 24, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu perkara yang dipertikaikan apabila Nokia memperkenalkan N9 bersama-sama dengan MeeGo adalah sokongan aplikasi yang terdapat padanya. Kini, mungkin para pengguna tidak lagi perlu risau, memandangkan kini pembangun Alien Dalvik telah pun mengumumkan ianya akan membawakan sokongan aplikasi Android pada MeeGo.

Menurut mereka, aplikasi Alien Dalvik akan diperkenalkan secara komersial untuk MeeGo pada tahun ini, membolehkan aplikasi Android digunakan pada peranti yang menggunakan MeeGo seperti N9 dengan mudah.

Ianya bukanlah kali pertama aplikasi Android disokong oleh sistem dan platform pihak ketiga. Sebelum ini RIM telah mengumumkan sokongan aplikasi Android pada BlackBerry PlayBook tidak lama lagi dalam tahun ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami