Firefox 5.0 Untuk Android Membawakan Fungsi Do Not Track

Firefox 5.0 Untuk Android Membawakan Fungsi Do Not Track

Diterbitkan pada June 24, 2011 oleh .

Bersama-sama dengan Firefox 5.0 untuk versi desktop, Mozilla juga turut sama telah pun melancarkan aplikasi Firefox 5.0 untuk Android, yang mana membawakan salah satu fungsi popular pada pelayar web desktop, iaitu Do Not Track, untuk kawalan privasi.

Ianya juga turut sama menjadikan Firefox sebagai pelayar web pertama yang menyokong fungsi “Do Not Track” pada pelbagai platform. Selain daripada itu, Firefox untuk Android ini juga kini lebih pantas berbanding sebelumnya, dan menyelesaikan beberapa masalah pepijat yang dikenal-pasti pada versi-versi sebelumnya.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Firefox untuk Android 5.0 secara percuma terus daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN