Cari @ Amanz

Pengguna Android dan meminati Oh!MediaFM? Mungkin tidak lama lagi, anda akan dapat mendengarkan radio atas talian Oh!MediaFM terus melalui peranti Android anda sama seperti aplikasi iOS yang diperkenalkan sebelum ini. Namun, berbeza dengan sebelumnya, aplikasi Android ini dibangunkan oleh seorang pembangun bebas, dan bukannya pihak Oh!Media.

Buat masa ini, pembangunan aplikasi Oh!MediaFM untuk peranti Android masih lagi pada peringkat Alpha, dan banyak lagi perkara perlu diperbaiki, dari segi antaramuka dan lain-lain. Namun begitu, bagi yang berminat, semestinya boleh memuat-turun fail *APK untuknya, dan mengujinya secara terus melalui peranti Android anda.

Selain daripada Oh!MediaFM, sebelum ini, aplikasi Android untuk radio atas talian iLuvIslam turut sama diperkenalkan, yang mana ianya juga turut sama dalam proses pembangunan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd