Konsep iMessage Pada OS X Diperlihatkan

Konsep iMessage Pada OS X Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 25, 2011 oleh .

Salah satu perkara baru yang diumumkan oleh Apple pada WWDC yang lepas adalah fungsi iMessage pada platform iOS. Walaupun ianya tidak pasti samada adakah iMessage akan hadir ke Mac OS X ataupun tidak, kini seorang perekabentuk, telah pun memperlihatkan konsep ringkas iMessage pada OS X.

Selain daripada konsep iMessage, syarikat tersebut, teehan+lax turut sama memperlihatkan sebuah konsep memperlihatkan yang mana OS X diintegrasikan sepenuhnya bersama iOS, membolehkan anda melihat senarai panggilan dan aktiviti telefon pintar iOS terus melalui komputer OS X.

Walaupun ianya hanya sekadar konsep sahaja buat masa ini, perkara ini tidak mustahil, memandangkan akhir-akhir ini, ianya dilihat yang mana Apple mengintegrasikan iOS dengan lebih mendalam bersama OS X. Jadi, apa kata anda mengenainya?


TIPS & ULASAN