Video Skype Untuk iPad Diperlihatkan

Video Skype Untuk iPad Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 25, 2011 oleh .

Walaupun tidak diketahui akan kesahihannya, kini ianya kelihatan yang mana Skype untuk iPad bakal diperkenalkan tidak lama lagi, dan sebuah video ringkas yang memperlihatkannya telah pun mula kelihatan dan tersebar di internet. Namun begitu, masih tiada info rasmi daripada Skype buat masa ini.

Melalui laman Razorianfly, ianya melaporkan yang mana video tersebut telah dimuat-naik oleh Skype terlebih dahulu, sebelum ianya diset sebagai peribadi, dan tidak boleh diakses oleh sesiapa pun. Namun begitu, salah seorang pembaca mereka berjaya mendapatkan dan menyimpannya sebelum ianya diubah kepada status peribadi.

Daripada video yang diperlihatkan, ianya menunjukkan aplikasi Skype berfungsi tanpa sebarang masalah pada iPad, dan membawakan semua fungsi yang terdapat pada Skype biasa. Mungkin salah satu pertanyaan adalah adakah ianya akan menyokong iPad generasi pertama ataupun tidak.


TIPS & ULASAN