Seperti sedia maklum, hari ini merupakan antara hari yang dinantikan oleh para pengguna, pembangun dan peminat Joomla tempatan, dimana Joomla Day 2011. Dan bertambah menarik lagi, presiden Open Source Matters, iaitu badan disebalik pembangunan Joomla sendiri telah hadir ke Malaysia, berkongsikan beberapa perkara menarik di Joomla Day.
Presiden OpenSource Matters Pada Joomla Day 2011 [via]
Ianya diperkatakan yang mana kini para pengguna berdaftar pada forum Joomla.org rasmi telah pun melangkaui lebih daripada 500,000 orang pengguna, yang mana kini memperlihatkan lebih daripada 239 pendaftaran baru setiap hari. Selain daripada angka pengguna yang bertambah setiap hari, angka extension Joomla juga bertambah setiap hari, dimana kini hampir melebihi 8,000 extension secara keseluruhannya.
Joomla versi stabil yang terkini dipasaran adalah Joomla 1.6 yang mana telah dilepaskan pada bulan Januari yang lepas, dan kini Joomla 1.7 akan dikeluarkan dalam masa kurang sebulan lagi. Sehingga ke hari ini, Joomla telah dimuat-turun sebanyak 23,812,108 kali, dan meningkat dari semasa ke semasa.
Jikalau dilihat dari segi penggunaan Joomla, ianya diperkatakan ianya menjana sebanyak 2.7% daripada 1 juta laman terkemuka didunia, dan apa yang menariknya adalah sebanyak 74.9% daripada senarai 1 juta laman terkemuka didunia tidak menggunakan CMS.