Joomla 1.7 Pada Julai – Joomla 1.8 Pada 10 Januari 2012

Joomla 1.7 Pada Julai – Joomla 1.8 Pada 10 Januari 2012

Diterbitkan pada June 25, 2011 oleh .

Bermula daripada versi akan datang Joomla, pihak pembangunnya telah mempercepatkan latar masa pembangunan, dimana kini mereka mengambil masa 6 bulan untuk memperkenalkan versi baru, dimana Joomla 1.7 akan menjadi keluaran pertama mengikut latar masa tersebut, dan bakal dilepaskan pada bulan Julai ini.

Sebelum ini, Joomla 1.6 telah mengambil masa hampir 3 tahun pembangunannya, dan untuk mengatasi masa yang lama untuk pembangunan, kini mereka memecahkan pembangunan kepada dua bahagian, dan kini ianya dibangunkan aktif bersama-sama dengan komuniti.

Selain daripada Joomla 1.7, pihak pembangunnya juga turut sama mensasarkan tarikh 10 Januari 2012 untuk pelancaran Joomla 1.8 yang mana dijangka akan membawakan pelbagai perkara baru. Lebih maklumat berkaitan Joomla 1.7 akan kami bawakan terus daripada Joomla Day 2011 ini.

Kamera : Izuddin Helmi


TIPS & ULASAN