Adakah anda pengguna Samsung Galaxy Tab di Malaysia? Kini ianya kelihatan yang mana para pengguna tempatan sudah pun boleh menikmati kemaskini Android Gingerbread untuk Samsung Galaxy Tab, sekaligus membawakan pelbagai penambah-baikkan berbanding Android versi sebelumnya yang mana didatangkan bersama-sama Galaxy Tab.
Bagi para pengguna tempatan yang ingin menikmati kemaskini ini, boleh menghubungkan Samsung Kies dan memuat-turun kemaskini Gingerbread yang didatangkan untuk para pengguna tempatan. Secara ringkasnya, Android Gingerbread diperkatakan menjadikan tablet Galaxy Tab lebih stabil, serta membawakan sedikit perubahan dari segi antaramuka, serta menambah beberapa aplikasi baru padanya.
Selain daripada Galaxy Tab, Samsung juga dijangka bakal melancarkan Samsung Galaxy Tab 2 ataupun yang mana turut dikenali sebagai Galaxy Tab 10.1 di Malaysia pada bulan hadapan, yang mana didatangkan bersama-sama dengan Android Honeycomb.