Pejabat OhMedia Bakal Dibuka Pada Penghujung Julai

Pejabat OhMedia Bakal Dibuka Pada Penghujung Julai

Diterbitkan pada June 25, 2011 oleh .

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, kini ianya diketahui yang mana OhMedia, iaitu salah satu syarikat dan rangkaian blog terkemuka di internet akan membuka pejabat mereka di Desa Pandan secara rasminya bermula penghujung bulan Julai kelak. Buat masa ini, pihak Oh!Media, berada di Disneyland diatas urusan kerja mereka.

Premis OhMedia

Ianya diperkatakan yang mana pihak Oh!Media merupakan wakil daripada Malaysia yang dipilih oleh pihak Disneyland Hong Kong, dimana segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Disneyland, dan sebagai balasan, pihak Oh!Media dikehendaki mengeluarkan sebanyak 2 artikel pada blog mereka, serta dua kemaskini status pada halaman Oh!Media di Facebook. Bersama-sama dengan pihak Oh!Media, penulis blog terkemuka dari Singapura dan juga Taiwan turut sama menyertai lawatan ini, sekaligus memperlihatkan impak Oh!Media ke atas jenama-jenama terkemuka.

Ianya sesuatu perkara yang menarik apabila dilihat kini para penulis blog diberikan perhatian oleh pelbagai jenama besar, dan Oh!Media sebagai salah satu jenama terkemuka rangkaian blog di Malaysia terus maju, sehingga dikenali dipersada antarabangsa.

Mungkin selepas pejabat mereka mula beroperasi secara rasmi, kita akan dapat mendengar pelbagai berita kejayaan pihak Oh!Media lagi, dan mungkin ini merupakan salah satu permulaan untuk semua penulis blog tempatan sebelum ke arena antarabangsa.


TIPS & ULASAN