Maxis Bakal Melancarkan BlackBerry PlayBook Pada 15 Julai?

Maxis Bakal Melancarkan BlackBerry PlayBook Pada 15 Julai?

Diterbitkan pada June 25, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, sebelum ini Maxis telah menjadi yang pertama di Malaysia untuk memulakan pra-daftar minat untuk peranti BlackBerry PlayBook. Lanjutan daripada itu, kini kedengaran ura-ura memperkatakan yang mana Maxis bakal melancarkan tablet pertama daripada RIM itu pada 15 Julai kelak.

BlackBerry PlayBook

Melalui BlackBerry PlayBook, RIM menawarkan cip pemprosesan 1GHz dwi-teras, skrin sentuh bersaiz 7-inch dengan resolusi 1024×600, kamera hadapan 3 megapixel untuk panggilan video dan juga kamera belakang 5 megapixel untuk merakamkan pelbagai perkara menarik.

Harga yang bakal ditawarkan oleh Maxis masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Namun mungkin dengan subsidi daripada pihak Maxis, kita boleh melihat suatu tawaran yang menarik daripada Maxis. Sama-sama kita nantikannya pada pelancaran kelak.


TIPS & ULASAN