Cari @ Amanz

Sebelum ini, Electronic Arts telah pun mengumumkan secara rasminya yang mana mereka akan melancarkan permainan sosial popular mereka, The Sims pada platform Facebook. Menariknya, kini ianya diura-ura akan yang mana Zynga turut sama dalam pembangunan permainan yang seumpama The Sims, dipanggil sebagai Familyville.

Ianya dilaporkan yang mana kini Zynga telah pun mengambil-alih nama domain Familyville baru-baru ini, sekaligus memberikan idea yang mana mereka bakal melancarkan permainan berkaitan keluarga – memberikan idea yang Zynga bakal melancarkan permainan seumpama The Sims tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Zynga telah pun melancarkan permainan strategi seumpama Red Alert, dipanggil sebagai Empires and Allies, dan sebelum itu, mereka telah melancarkan CityVille. Mungkinkah dalam masa beberapa bulan lagi, kita akan melihat permainan Familyville? Sama-sama kita nantikannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd