Akhir-akhir ini, kumpulan pengodam LulzSec telah mengemparkan arena internet, dan kini setelah 50 hari mereka beroperasi, hari ini mereka telah pun mengumumkan melalui PasteBin yang mana mereka akan menghentikan operasi dan aktiviti mereka.
Menurut LulzSec, sejak mereka beroperasi, mereka telah mendedahkan pelbagai perkara melibatkan kerajaan dan juga syarikat-syarikat besar. Antara mangsa mereka yang paling popular adalah Sony, dan sehingga kini, masih lagi tidak diketahui siapakah disebalik LulzSec ini. Melalui mesej penghentian mereka itu, LulzSec hanya memberitahu yang mana pasukan mereka terdiri daripada enam orang sahaja.
Pada masa yang sama, mereka juga turut sama mengumumkan yang mana sesiapa ingin menyertai gerakan AntiSec boleh menyertai kumpulan Anonymous dan meneruskan usaha mereka.
50 Days of Lulz statement: http://t.co/GbAD070 | Torrent: http://t.co/lGsJ4PU Thank you, gentlemen. #LulzSec
Finally, we encourage all future #AntiSec enthusiasts to join the AnonOps IRC here: http://t.co/1XLL1Jj and follow @AnonymousIRC for glory!