Cari @ Amanz

Mungkin semua sudah sedia ketahui yang mana aplikasi Oh!MediaFM untuk Android kini dalam pembangunan oleh salah seorang pembangun sebagai projek sampingan beliau. Kini, pembangunan aplikasi tersebut telah mencapai versi 0.4 dan menariknya, kod sumber aplikasi tersebut turut sama dilepaskan, membolehkan pembangun lain turut menyumbang usaha mereka dalam pembangunan.{EAV_BLOG_VER:a963149d05a45315}

Aplikasi yang dibangunkan oleh AwisLabs ini, kini membawakan perubahan yang amat drastik, terutamanya dari segi antaramuka aplikasi tersebut, yang mana telah banyak mengalami perubahan sejak daripada versi 0.1 sebelum ini.

Para pembangun yang berminat, boleh memuat-turun kod sumber aplikasi Oh!MediaFM ini terus melalui Google Code, dan sekiranya anda ingin menguji aplikasi Oh!MediaFM untuk Android turut sama boleh memuat-turun fail *APK padanya, dan memberikan maklumbalas kepada pihak pembangun tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd