Penggunaan Tenaga Bunyi Untuk Mengecas Telefon Diperlihatkan

Penggunaan Tenaga Bunyi Untuk Mengecas Telefon Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 27, 2011 oleh .

Sebelum ini, ianya pernah dilaporkan yang mana kelak, telefon bimbit dan peranti lain boleh dicas menggunakan suara ataupun bunyi, dan menariknya, hanya beberapa minggu selepas itu, kini syarikat Orange, memperlihatkan prototaip mereka yang memperlihatkan kebolehan untuk mengecas telefon menggunakan tenaga bunyi.

Seperti yang diperlihatkan pada video tersebut, tenaga bunyi terlebih dahulu ditukarkan sebelum dihantar ke telefon bimbit, dan ianya amat bersesuaian sekiranya anda gemar berada di lokasi dengan kekuatan bunyi yang tinggi.

Ianya masih lagi pada peringkat prototaip buat masa ini, dan ianya mungkin tidak akan didapati dipasaran dalam masa terdekat. Mungkin akan mengambil beberapa bulan lagi ataupun tahun lagi sebelum para pengguna dapat menggunakannya.


TIPS & ULASAN