Windows Phone Mango Akan Menyokong NFC?

Windows Phone Mango Akan Menyokong NFC?

Diterbitkan pada June 27, 2011 oleh .

Walaupun Microsoft masih tidak mengumumkan sebarang perkara berkaitan dengan NFC, kini ianya diura-ura akan yang mana Microsoft bakal membawakan sokongan NFC pada Windows Phone Mango kelak. Perkara ini mula diperkatakan hasil daripada peranti Nokia yang diperlihatkan pada minggu lepas.

Seperti sedia maklum, sebelum ini, Nokia telah pun memperlihatkan sebuah peranti yang menyerupai Nokia N9, tetapi menggunakan Windows Phone padanya. Dan, sekiranya ianya menyerupai spesifikasi Nokia N9, sokongan NFC akan didatangkan bersama-sama dengannya.

Tambahan lagi, ianya diperkatakan yang mana Microsoft kini memegang lebih daripada 14 paten dan hak cipta yang melibatkan NFC, dan mungkin ianya akan diperkenalkan melalui Windows Phone, apatah lagi memandangkan kini kebanyakkan penyedia dan pembangun peranti sudah mula menyokong NFC pada peranti pintar mereka. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN