Cari @ Amanz

Celcom Memperkenalkan Perkhidmatan Jalur-Lebar Mudah-Alih Instanet

Oleh Aman

Link Copied!

Celcom kini telah pun memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka yang dipanggil Instanet, menumpukan sepenuhnya kepada perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih. Melalui Instanet, tiga pelan berbeza ditawarkan, iaitu untuk penggunaan harian, mingguan dan juga bulanan.

Melalui pelan internet Instanet, ianya menawarkan penggunaan sebanyak 500MB untuk harian pada harga cuma RM5, diikuti mingguan dengan kuota 1GB pada harga RM18. Pengguna juga boleh melanggan untuk penggunaan bulanan dengan kuota 1.5GB pada harga cuma RM50.

Pada masa yang sama, Instanet menawarkan kelajuan sehingga 512Kbps, dan sekiranya anda melebihi kuota pada sesuatu masa itu, kelajuan pelayaran anda akan dikurangkan menjadi 64Kbps. Instanet juga turut sama menawarkan kuota tambahan pada harga yang amat murah.

Para pengguna yang berminat, boleh mendapatkan Instanet ini melalui pakej yang ditawarkan, iaitu RM12.50 untuk SIM dan juga kredit RM10, manakal untuk pengguna yang inginkan SIM dan juga modem USB, anda boleh dapatkannya pada harga RM108 yang turut didatangkan dengan kredit RM10.


Komen ()