Cari @ Amanz

Microsoft kini diperkatakan yang mana bakal melancarkan perkhidmatan terbaru mereka, dipanggil Avatar Kinect dalam masa beberapa minggu lagi. Melalui Avatar Kinect, ianya membolehkan para pengguna untuk berinteraksi antara satu sama lain, dengan menggunakan avatar masing-masing.

Secara ringkasnya, Avatar Kinect merupakan salah satu cara untuk para pengguna Kinect berinteraksi antara satu sama lain, menggunakan avatar masing-masing. Memandangkan Kinect menyokong fungsi mengenal-pasti mimik muka dan sebagainya, fungsi tersebut digunakan oleh Microsoft dalam memperkenalkan Avatar Kinect ini.

Ianya dilaporkan yang mana Microsoft akan menyediakan lebih daripada 15 tahap berbeza untuk memilih avatar masing-masing, dan menggunakannya, Avatar Kinect akan mengenal-pasti pergerakan mata dan juga mulut para pengguna menggunakan Kinect, dan seterusnya memperlihatkannya dalam bentuk animasi avatar pada skrin, sekaligus boleh digunakan untuk bersembang dengan rakan-rakan lain dengan mudah.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkaitan dengan Avatar Kinect ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd