Cari @ Amanz

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, hari ini Facebook dan juga UMobile telah pun mengumumkan kerjasama, sekaligus menjadikannya pertama kali Facebook bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi di Asia dalam menawarkan Facebook Credit mereka.


Pelancaran Kerjasama UMobile dan Facebook [via]

Melalui kerjasama kedua-dua pihak ini, UMobile menawarkan sebanyak lebih 1 juta Facebook Credit kepada para pelanggannya, dimana kini setiap kali para pelanggan pra-bayar UMobile menambah nilai talian mereka, mereka akan diberikan ganjaran dalam bentuk Facebook Credit.

Ianya masih lagi tidak diketahui bagaimana ianya akan berfungsi sepenuhnya. Namun, apa yang dapat dilihat, pihak UMobile telah menyediakan sebuah aplikasi khas, membolehkan para pengguna untuk mendapatkan Facebook Credit mereka dengan mudah melaluinya.

Secara kasarnya, setiap kali para pengguna menambah-nilai sebanyak RM10 dan ke atas pada talian prabayar mereka, mereka akan mendapat sebuah kod khas, dan seterusnya mereka boleh menukarkannya melalui aplikasi khas pada Facebook, dan mendapatkanya Facebook Credit untuk digunakan dalam permainan dan lain-lain yang berkaitan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd