Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Google sentiasa menguji pelbagai perkara baru pada laman carian mereka setiap hari, dan kini ianya kelihatan yang mana Google menguji rekabentuk halaman carian mereka yang serba baru, membawakan pelbagai perubahan padanya.

Namun begitu, apa yang berbeza adalah kali ini Google mengujinya secara meluas, berbeza dengan sebelum ini, hanya beberapa pengguna yang dipilih secara rawak. Apa yang menariknya melalui rekabentuk Google yang baru ini adalah dimana mereka menjadikannya lebih minimalis berbanding sebelumnya.

Selain daripada itu, butang I’m Feeling Lucky turut sama dibuang, dan hanya memperlihatkan logo, kotak carian dan butang untuk melakukan carian sahaja. Ini mungkin kerana dengan adanya fungsi Instant Pages, fungsi I’m Feeling Lucky tidak berapa digunakan ramai. Namun ianya tidak dapat disahkan sepenuhnya.

Sekiranya benar-benar Google ingin memperkenalkan rekabentuk baru ini, mungkin kita akan dapat mendengar sesuatu daripada mereka tidak lama lagi, ataupun jika tidak, mungkin ini hanya sebahagian daripada ujian mereka sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd