Cari @ Amanz

Minat akan bola sepak? Mungkin berita baik untuk anda, dimana tidak lama lagi, sebuah rangkaian sosial akan dilancarkan untuk pengguna tempatan, yang mana memfokuskan kepada komuniti bola sepak di Malaysia. Buat masa ini, informasi berkaitan laman ini masih kurang, dan tidak diketahui sepenuhnya.

Laman rangkaian sosial yang dikenali sebagai Foozy.my ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung bulan Ogos ini kelak. Secara ringkasnya, salah satu matlamat utamanya adalah untuk menghubungkan semua peminat bola sepak tanahair, selain menjadi salah satu platform utama membincangkan pelbagai perkara berkaitan bola sepak.

Laman utamanya hanya memaparkan mesej akan datang sahaja buat masa ini. Para pengguna yang berminat, boleh mengikuti perkembangan laman sosial terbaru ini melalui Twitter rasmi @foozymy ataupun mengikuti halaman rasmi Facebook mereka. Sama-sama kita nantikan berita lanjut berkaitan dengannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd