Cari @ Amanz

Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, kini nampaknya Maxis telah pun memperlihatkan terlebih dahulu harga peranti BlackBerry PlayBook yang mana bakal dijual dan dilancarkan pada 16 Julai akan datang ini. Sebanyak tiga variasi tablet PlayBook akan dijual, dengan harga bermula serendah RM990 bersama-sama kontrak daripada Maxis.

Secara ringkasnya, harga BlackBerry PlayBook di Malaysia, tanpa sebarang kontrak bermula daripada RM1599 untuk 16GB, RM1899 untuk 32GB dan RM2199 untuk 64GB. Walaubagaimanapun, Maxis menawarkan potong harga dengan pendaftaran menggunakan perkhidmatan mereka, dengan kontrak selama 12 bulan atau 24 bulan.

Walaubagaimanapun, untuk bukan pelanggan sedia ada Maxis BIS, Maxis meminta mereka untuk membeli telefon pintar BlackBerry bersama-sama dengan BlackBerry PlayBook. Dengan penambahan tersebut, Maxis memberikan pengurangan sebanyak RM100 daripada harga peranti PlayBook tersebut.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui samada BlackBerry PlayBook ini eksklusif untuk Maxis sahaja atau turut sama akan ditawarkan oleh Celcom dan lain-lain syarikat telekomunikasi tempatan. Sama-sama kita nantikan 16 Julai nanti, untuk pelancaran rasminya.

@amanfirdaus BlackBerry PlayBook will be officially launched by Maxis on 16 July 2011 Price: RM1,599 (16GB), RM1,899 (32GB) & RM2,199 (64GB)less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd