Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia tahu yang mana syarikat-syarikat teknologi dan berasaskan web ini sering menerima permintaan kerajaan pelbagai negara untuk membuang kandungan tertentu, dan tidak terlepas juga Google. Google kini telah pun mengemaskini halaman laporan ketelusan mereka, memperlihatkan permintaan kerajaan seluruh dunia dari bulan Julai hingga Disember 2010.

Melalui apa yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana kerajaan Malaysia telah meminta kurang daripada 10 permintaan, untuk membuang kandungan daripada halaman mereka. Namun, ianya tidak diketahui kandungan berkaitan apakah yang diminta. Serta, hampir 50% daripada permintaan tersebut, telah dipenuhi oleh Google.

Walaubagaimanapun, jikalau dilihat daripada data-data pengguna, kerajaan Malaysia tidak meminta sebarang data daripada Google pada tempoh tersebut. Angka ini amat-amat rendah jikalau dibandingkan dengan pelbagai negara yang lain.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Google itu, negara yang paling banyak meminta data pengguna, dan meminta untuk membuang kandungan adalah Amerika Syarikat dan beberapa negara yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd