Cari @ Amanz

Lebih pantas daripada Skype, kini Fring telah pun melancarkan aplikasi untuk panggilan video mereka khas untuk para pengguna iPad, membolehkan pengguna iPad membuat panggilan video berkumpulan secara percuma antara satu sama lain, sehingga 4 orang pada sesuatu masa.

Seperti sedia maklum, aplikasi Fring juga terdapat untuk pengguna iPhone, Android dan juga Symbian, dan dengan adanya untuk iPad, kini anda boleh membuat panggilan video untuk rakan-rakan dengan mudah, selain pada masa yang sama menikmati sokongan mesej ringkas yang turut didatangkan bersama-sama dengannya.

Para pengguna iPad yang berminat boleh memuat-turunnya hari ini, sementara menunggu Skype melancarkan aplikasi mereka tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd