Twitter sememangnya telah menjadi antara sebutan ramai samada di media dan sebagainya, dan kini Twitter telah menjadi salah satu medium untuk beberapa rakan bertemu, serta memulakan rancangan video atas talian mereka tersendiri, dipanggil Preng. Sehingga kini, dua video telah dimuat-naik oleh mereka, menerima pelbagai maklumbalas positif sehingga kini.
Secara ringkasnya, Preng menjadi rancangan video prank atas-talian pertama di Malaysia, dimana setiap minggu mereka hadir dengan idea-idea baru untuk menghiburkan para penonton mereka. Sehingga kini, dua video telah dimuat-naik, dan ianya dilihat seperti setiap episod baru dikeluarkan setiap hari Selasa.
Mungkin juga selepas ini, kita akan dapat melihat beberapa lagi rancangan video atas-talian yang dibangunkan oleh para pengguna internet tempatan atas dasar hobi dan sebagainya, sekaligus membawakan tahap rancangan video ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi.
Para pengguna yang berminat dengan rancangan #PRENG ini boleh melanggan video mereka terus daripada saluran YouTube rasmi mereka, dan ikuti perkembangan dan video-video baru mereka setiap minggu.