Opera 11.50 Swordfish Dilancarkan Secara Rasminya

Opera 11.50 Swordfish Dilancarkan Secara Rasminya

Diterbitkan pada June 28, 2011 oleh .

Setelah beberapa versi pembangunan dikeluarkan, akhirnya, kini secara rasminya pihak pembangun Opera telah pun melancarkan Opera 11.50 yang mana membawakan pelbagai perkara baru termasuk sokongan extension untuk Speed Dial.

Kini para pembangun boleh menjadikan thumbnail mereka pada Speed Dial lebih interaktif, selain mana para pengguna bukan sahaja boleh menambah web pada Speed Dial, tetapi termasuk juga beberapa perkara lain, termasuk extension cuaca, dan sebagainya.

Opera 11.50 turut sama membawakan rekabentuk baru, yang mana lebih kemas dan ringan berbanding sebelumnya, serta menyokong Opera Link yang mana membolehkan pengguna sync akan kata laluan dengan mudah. Opera 11.50 juga lebih pantas berbanding versi-versi sebelumnya.

Opera 11.50 yang turut menggunakan panggilan nama kod Swordfish ini boleh dimuat-turun untuk Windows, Linux dan Mac OS X, serta pada masa yang sama, anda boleh melihat angka muat-turun pada masa-nyata melalui laman rasmi utama Opera.com.


TIPS & ULASAN