Setelah mengumumkan yang mana lebih 400,000 peranti Android diaktifkan setiap hari pada bulan Mei yang lalu, kini ianya dilaporkan yang mana Google mengaktifkan lebih daripada 500,000 peranti Android setiap hari, menunjukkan peningkatan lebih 100,000 dalam tempoh sebulan lebih.
Menurut Andy Rubin, pengaktifan peranti Android baru juga turut meningkat sebanyak 4.4% setiap hari, dan sekiranya ianya berterusan, jumlah peranti Android di pasaran akan mencapai suatu tahap yang amat tinggi dalam tempoh yang singkat tidak lama lagi.
Sebelum ini, ianya dilaporkan yang mana Google telah mengaktifkan lebih daripada 100 juta peranti Android sehingga bulan Mei yang lepas, dengan angka aplikasi mencapai lebih daripada 200,000 aplikasi.
There are now over 500,000 Android devices activated every day, and it’s growing at 4.4% w/w