Setiap hari pelbagai aplikasi diperkenalkan untuk Android dan iOS, dan terkini Astro sendiri telah memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk para pelanggan Astro Byond, dimana aplikasi tersebut diperkenalkan untuk kedua-dua platform popular – Android dan iOS.
Melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh melihat intisari rancangan Astro semasa, selain pada masa yang sama menggunakan telefon pintar anda untuk merakamkan rancangan kegemaran anda melalui PVR. Dengan kebolehan rakaman, kini pengguna tidak lagi perlu risau akan terlepas rancangan kegemaran mereka, memandangkan semuanya boleh dikawal terus melalui telefon pintar mereka.
Para pengguna dan pelanggan Astro yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Astro Byond untuk Android daripada Android Market, ataupun untuk iOS terus dari AppStore secara percuma hari ini.