Cari @ Amanz

Kini ianya dilaporkan yang mana selepas versi Windows Phone “Mango”, versi seterusnya akan dipanggil dan dikenali sebagai “Tango”, sebelum versi Apollo dikeluarkan. Kemaskini Tango ini dijangka sebagai kemaskini kecil, sama seperti kemaskini NoDo yang diperkenalkan sebelum ini untuk pengguna Windows Phone.

Perkara ini dilaporkan oleh DigiTimes, dimana ianya diperkatakan yang mana Compal telah menandatangani perjanjian bersama-sama Microsoft untuk menggunakan platform Mango, dan juga Tango, platform selepas Mango. Compal diperkatakan akan menjadi pengeluar untuk peranti Windows Phone daripada Nokia.

Pada masa yang sama, ianya dilaporkan yang mana berkemungkinan besar laporan DigiTimes tidak berapa tetap, dan mungkin juga sebaliknya. Sebelum ini, ianya telah dilaporkan yang mana versi seterusnya adalah Apollo, yang mana mungkin akan menjadi Windows Phone 8, dan membawakan pelbagai perubahan besar.

Namun apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran Windows Phone Mango terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd