Lebih Maklumat Berkaitan TableFour.Us Kini Diketahui

Lebih Maklumat Berkaitan TableFour.Us Kini Diketahui

Diterbitkan pada June 29, 2011 oleh .

Nampaknya, kini pembangunan aplikasi TableFour.us telah pun siap sepenuhnya, dan pihak pembangunnya sudah memuat-naik aplikasi tersebut pada Apple AppStore, dan seterusnya menantikan ianya disahkan oleh Apple. Pada masa yang sama, aplikasi tersebut juga dalam proses ujian dalaman buat masa ini.

Secara ringkasnya, ianya kelihatan yang mana melalui aplikasi TableFour.us ini, para pengguna boleh menempah tempat dan meja makanan dibeberapa restoran dengan mudah, dan pada masa yang sama mungkin akan membenarkan mereka membuat tempahan makanan pada restoran tersebut juga. Ini sekaligus akan menyelesaikan masalah untuk menantikan makanan apabila anda tiba kelak.

Buat masa ini, ianya hanya diketahui yang mana TableFour.us telah bekerjasama bersama-sama dengan lebih 5 buah restoran, dan mungkin banyak lagi akan diumumkan pada pelancarannya kelak. Aplikasi rasmi mereka pada Facebook juga kelihatan, menunjukkan yang mana TableFour.us akan membawakan sokongan Facebook Connect untuk menguruskan akaun penggunanya.

Satu lagi perkara yang tidak diketahui buat masa ini adalah samada adakah ianya akan dilancarkan untuk pengguna Android, ataupun diperkenalkan untuk pengguna iPhone sahaja terlebih dahulu. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada pihak TableFour.us.


TIPS & ULASAN