Bersama-sama dengan pengumuman Google+, Google turut sama melancarkan aplikasi mudah-alih Android untuk halaman sosial mereka itu. Namun begitu, untuk menggunakan aplikasi tersebut – sama seperti versi web – para pengguna perlu mempunyai akses kepada Google+ terlebih dahulu, dan sekiranya tidak, perlu menunggu jemputannya.
Melalui aplikasinya itu, Google membolehkan para pengguna berkongsi pelbagai perkara dengan rakan-rakan mereka, ataupun kepada Circles tertentu dengan mudah, selain pada masa yang sama mengikuti kemaskini rakan-rakan mereka melalui Stream. Ianya turut didatangkan dengan sokongan muat-naik pantas, serta kebolehan bersembang dengan rakan-rakan dengan mudah melalui Huddle.
Ianya seperti masih belum membawakan sokongan sembang video buat masa ini, dan mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi pada aplikasi tersebut. Sekiranya anda mempunyai akses kepada Google+, anda boleh memuat-turun aplikasi Google+ ini secara percuma melalui Android Market.