Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan Google+, Google juga pada masa yang sama telah memperkenalkan perubahan pada halaman utama mereka, dimana kini semua pengguna akan dapat melihat bar berwarna gelap pada bahagian atas laman, yang mana pada masa yang sama turut memberikan fokus kepada produk-produk Google lain melaluinya.

Selain daripada itu, pautan-pautan seperti pengiklanan dan sebagainya pula dialihkan kepada bahagian bawah laman. Google sendiri mengesahkan perkara ini, dan turut memperkatakan yang mana mereka akan memperkenalkan beberapa perubahan lagi dalam bulan-bulan akan datang, dimana Google turut mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan perubahan pada semua produk mereka, termasuk Google Search, Google Maps dan juga GMail.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd