Cari @ Amanz

Anda merupakan pembangun Flash? Kini anda boleh mengubah fail-fail *SWF anda kepada HTML5 dengan mudah melalui sebuah aplikasi berasaskan web yang dilancarkan oleh Google, iaitu Swiffy, sekaligus membolehkan fail anda itu dimainkan pada peranti yang tidak menyokong Flash seperti peranti iOS dan lain-lain.

Secara ringkasnya, melalui Swiffy, ianya menunjukkan kebolehan untuk mengubah fail-fail grafik iklan berbentuk Flash kepada HTML5, sekaligus membolehkan para pengguna peranti yang tidak menyokong iOS melihat iklan tersebut. Ini sekaligus pada masa yang sama turut menyumbang kepada Google sendiri, memandangkan pendapatan utama mereka adalah daripada iklan.

Para pembangun yang berminat boleh menguji dan menggunakan Swiffy pada halaman rasminya, dan mula mengubah fail Flash anda kepada HTML5 dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd