Yahoo! Messenger 11 Sedia Dimuat-Turun

Yahoo! Messenger 11 Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada June 29, 2011 oleh .

Setelah hampir setahun dalam pembangunan, akhirnya hari ini Yahoo! telah pun melepaskan aplikasi permesejan popular mereka versi terkini, iaitu Yahoo! Messenger 11, membawakan pelbagai fungsi baru, serta menjadikannya lebih sosial berbanding sebelumnya.

Melalui Yahoo! Messenger 11, para pengguna boleh mengikut perkembangan rakan-rakan mereka samaada terus daripada Flickr, Facebook, Twitter, Yahoo! Pulse dan sebagainya terus melalui aplikasi Yahoo! Messenger. Pengguna juga boleh mengemaskini status laman sosial termasuk Facebook dan Twitter dengan mudah terus melalui YM! dengan pantas dan mudah.

Pada masa yang sama, pengguna turut sama boleh bersembang dengan rakan-rakan Facebook, melalui Facebook Chat yang diintegrasikan bersama-sama pada Yahoo! Messenger. Pengguna juga turut sama boleh mengakses arkib mesej-mesej yang sebelumnya dengan mudah walaupun akses melalui sebarang peranti atau komputer.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Yahoo! Messenger 11 dan mencuba pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN