Hari ini, salah satu syarikat pengiklanan berasaskan lokasi yang kian meningkat naik namanya, iaitu Chalkboard telah pun mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan pihak HTC Malaysia, dimana melalui kerjasama ini sebuah widget khas untuk para pengguna HTC tempatan akan diperkenalkan, membolehkan mereka menerima pelbagai tawaran harian dengan mudah.
Chalkboard dan HTC Malaysia Menandatangani Perjanjian [via]
Para pengguna yang menggunakan peranti HTC dengan platform Android 2.1 dan yang terkini boleh mendapatkan widget khas ini dengan hanya menghantar SMS dengan menaip Chalkboard ke 32355. Seterusnya anda akan menerima sebuah pautan khas dengan arahan muat-turun widget tersebut.
Memandangkan kini para pengguna banyak bergantung kepada peranti pintar mereka untuk mendapatkan pelbagai informasi dan tawaran terkini, dengan kerjasama bersama-sama dengan Chalkboard, para pelanggan HTC turut sama boleh menikmatinya, dan tambahan lagi, memandangkan ianya disesuaikan mengikut lokasi, ianya tentunya menguntungkan pengguna HTC tempatan.
Selain daripada itu, sekiranya anda para pengguna Android, dan ingin menggunakan perkara yang lebih kurang serupa, anda boleh memuat-turun aplikasi tawaran harian yang mengambil data daripada Chalkboard dan disesuaikan mengikut data geolokasi anda.
Info awal dari : @AffanRuslan