Carian
Angry Birds Untuk Windows Phone Dilancarkan
June 30, 2011 Aman

Setelah semua platform terkemuka mempunyai permainan suka-ramai Angry Birds, kini permainan tersebut turut sama dilancarkan untuk para pengguna Windows Phone, dimana mereka boleh mendapatkannya secara terus daripada Marketplace pada harga $2.99.

Melalui Angry Birds untuk Windows Phone, Rovio membawakan lebih daripada 165 tahap permainan, dan mungkin kemaskini semasa akan diperkenalkan tidak lama lagi, memandangkan permainan serupa pada platfom lain mempunyai lebih daripada 200 tahap permainan.

Dan, salah satu pencapaian oleh Rovio, adalah dimana kini mereka menyokong hampir kesemua platform mudah-alih, dan mungkin selepas ini kita akan dapat melihat mereka melancarkan permainan mereka pada Facebook, seperti mana diura-ura akan sebelum ini.

Komen