Friendster Baru Dilancarkan Untuk Semua Pengguna

Friendster Baru Dilancarkan Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan pada June 30, 2011 oleh .

Setelah memperlihatkan versi beta tertutup sebelum ini, hari ini, Friendster secara rasminya telah pun mengantikan keseluruhan web mereka dengan Friendster baru, memfokuskan sepenuhnya para permainan sosial atas-talian, serta membawakan sokongan Facebook Connect.

Pada masa yang sama, Friendster turut menyediakan API untuk para pembangun, untuk membangunkan aplikasi dan permainan untuk laman tersebut. Kami, sebelum ini telah pun memperlihatkan pelbagai perkara baru pada Friendster generasi baru ini, dan menurut pihak MOL, mereka akan melakukan pengiklanan secara meluas pada laman Facebook itu sendiri.

Menariknya adalah dimana apabila MySpace diperkatakan akan dijual sebelum hari Khamis ini, dan Friendster yang beralih-arah, Google pula membuat perkara bertentangan, dengan melancarkan rangkaian sosial mereka sendiri dinamakan Google+. Tahun ini, semestinya merupakan salah satu tahun yang menarik dalam rangkaian dunia sosial. Sama-sama kita lihat perkembangannya.


TIPS & ULASAN