Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan perkhidmatan Omni daripada Jalenas? Kini nampaknya, seperti mana yang dijanjikan, mereka telah pun melancarkan Omni kepada umum, menyediakan sambungan fiber optik untuk perkhidmatan jalur-lebar membawakan kelajuan sehingga 100Mbps.

Secara ringkasnya, melalui Omni, ianya menyediakan infrastruktur untuk menyokong internet berkelajuan tinggi, dimana para pengguna boleh memilih penyedia internet mereka, samada TM, Maxis dan sebagainya. Buat masa ini, info pada halaman rasmi mereka masih tidak berapa mencukupi, dan syarikat-syarikat telekomunikasi dan penyedia internet yang bekerjasama bersama-sama dengan Omni masih tidak diperlihatkan sepenuhnya.

Melalui perkhidmatan Omni, ianya diketahui yang mana sebuah kabel fiber optik akan dipasang antara kabel utama Jalenas dan pengguna, dan ianya akan dikenakan caj sekitar RM260. Memandangkan Jalenas menumpukan pada kawasan Kuantan buat masa ini, mungkin ianya masih lagi tidak boleh didapati dikawasan-kawasan lain sementara ini.

Ianya juga masih tidak diketahui bilakah perkhidmatan mereka akan mula dijual dan dipasarkan kepada umum, dan buat masa ini, mereka hanya meminta para pengguna untuk mendaftarkan minat bersama-sama mereka, dan mereka akan hubungi kembali, sebaik sahaja mereka bersedia sepenuhnya.

Tip awal : ZulFitry

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd