Windows Phone Mango Untuk Pembangun Kini Boleh Diakses

Windows Phone Mango Untuk Pembangun Kini Boleh Diakses

Diterbitkan pada June 30, 2011 oleh .

Setelah memperlihatkan beberapa fungsi baru pada Windows Phone Mango, kini Microsoft secara rasminya telah pun melancarkan kemaskini platform Windows Phone mereka kepada para pembangun, dimana mereka kini boleh mengakses Windows Phone Mango untuk pembangun.

Dengan para pembangun mendapat akses awal untuknya, mereka boleh membangunkan aplikasi mereka untuk lebih bersedia dengan Mango, sebelum ianya dilancarkan kepada para pengguna tidak lama lagi. Selain daripada itu, ianya juga bakal membolehkan semua pengguna mengetahui lebih banyak fungsi-fungsi baru Windows Phone Mango sebelum ianya dilancarkan kepada umum.

Ianya diperkatakan yang mana Windows Phone Mango dijangka dilancarkan sekitar bulan September tahun ini, dan bakal membawakan lebih daripada 500 fungsi baru kepada platform Windows Phone.


TIPS & ULASAN