Ianya kini telah disahkan yang mana MySpace telah pun dijual kepada Specific Media secara rasminya. Harganya tidak diumumkan namun ianya dilaporkan sebelum ini MySpace dijual pada harga $35 juta, dan News Corp, syarikat pemegang MySpace asal akan memegang sejumlah kecil saham padanya.
Pada masa yang sama, ianya juga turut dilaporkan yang mana Specific Media akan membuat sedikit penstrukturan pada MySpace, dan CEO MySpace sedia ada akan bertugas selama lebih kurang dua bulan sebelum meninggalkan MySpace. Ianya juga diperkatakan yang mana MySpace bakal mengurangkan sebahagian daripada tenaga kerja mereka dalam masa terdekat ini.