Setelah diperkatakan sekian lama, kini ianya dilaporkan yang mana Apple bakal mengemaskini keluarga MacBook Air mereka pada pertengahan Julai ini, membawakan sokongan Thunderbolt dan juga cip pemprosesan Intel Sandy Bridge yang terkini.
Tambahan lagi, ianya juga turut diperkatakan yang mana MacBook Air baru ini juga turut sama akan didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi versi terkini mereka, iaitu Mac OS X 10.7 Lion. Ini, sekaligus memperlihatkan yang mana Apple bakal melancarkan OS X Lion kepada umum pada bulan Julai ini juga, seperti mana yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Jadi, mungkin kita akan dapat melihat sistem operasi generasi akan datang daripada Apple, termasuk juga keluarga baru MacBook Air dalam masa dua tiga minggu lagi. Sama-sama kita nantikannya.