Selepas memperkenalkan Google+ dalam bentuk versi beta tertutup, kini Google telah pun membuka fungsi jemputan kepada para pengguna, dan menariknya, kami sendiri telah mendapat jemputan tersebut, dan kini sedia memberikan jemputan kepada para pembaca Amanz.
Bagi mendapatkannya, anda boleh meninggalkan komen bersama-sama dengan alamat emel anda, dan seterusnya akan menjemput anda. Memandangkan mungkin kami tidak dapat memenuhi semua permintaan, kami juga berharap agar para pengguna yang sudah mendapat akses kepadanya, supaya turut menjemput rakan-rakan lain di Amanz untuk menyertainya.
Ulasan lanjut berkenaan Google+ akan menyusul dalam beberapa hari.
Kemaskini
Ianya kelihatan kami tidak boleh menjemput pengguna baru. Sekiranya anda boleh, harap anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan Amanz yang lain.