Opera Mengemaskini Pelayar Web Mudah-Alih Mereka

Opera Mengemaskini Pelayar Web Mudah-Alih Mereka

Diterbitkan pada June 30, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan kemaskini untuk pelayar web Opera versi desktop, hari ini, Opera Software melancarkan kemaskini untuk pelayar web mudah-alih mereka, dimana mereka mengumumkan dua fungsi baru pada aplikasi kesukaan ramai – Opera Mobile dan juga Opera Mini.

Melalui Opera Mobile 11.1 dan juga Opera Mini 6.1, pelayar web mudah-alih popular itu menambah fungsi cadangan carian pada Google, dimana ianya berfungsi lebih kurang fungsi penyelesaian automatik (auto-complete) pada aplikasi-aplikasi lain, sekaligus menjimatkan masa dan memudahkan para pengguna menaip pada peranti mudah-alih dengan skrin kecil.

Selain daripada itu, ianya juga turut menambah fungsi pembelajaran nama domain, dimana kini ianya mempeljari daripada gaya penggunaan para pengguna, serta membolehkan para pengguna menaip lebih pantas untuk mengakses laman-laman dengan nama domain negara.

Para pengguna peranti mudah-alih yang berminat boleh memuat-turun Opera Mobile dan Opera Mini versi terkini yang boleh didapati pada Android, MeeGo dan peranti S60, serta melayari web dengan lebih mudah pada peranti mudah-alih anda.


TIPS & ULASAN