Mozilla Melancarkan Thunderbird 5

Mozilla Melancarkan Thunderbird 5

Diterbitkan pada June 30, 2011 oleh .

Selain pembangunan pelayar web Firefox yang dijadikan lebih pantas, mungkin Thunderbird turut mengikut jejak yang sama, dimana terkini, Mozilla Thunderbird 5 telah pun dilepaskan kepada umum, sekaligus melangkah satu angka versi, serta membawakan beberapa penambahan fungsi baru padanya.

Thunderbird 5 dibangunkan menggunakan enjin Mozilla Gecko 5, serta membawakan lebih daripada 390 penambahan dan peningkatan prestasi, menjadikan Thunderbid lebih pantas dan mudah digunakan. Versi terbaru ini juga membawakan pengurus Add-Ons yang baru, membolehkan anda mengurus dan mengawal aplikasi pihak ketiga dengan mudah. Selain daripada itu, ianya juga turut sama memudahkan pembangunan add-on untuk Thunderbird.

Para pengguna yang berminat, boleh mendapatkan Mozilla Thunderbird 5 untuk Windows, Mac dan Linux secara percuma, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN