IE10 Platform Preview 2 Dilancarkan Untuk Pembangun

IE10 Platform Preview 2 Dilancarkan Untuk Pembangun

Diterbitkan pada June 30, 2011 oleh .

Dengan Windows 8 Beta yang semakin hampir, kini Microsoft telah pun mengeluarkan versi pembangunan terkini untuk pelayar web yang akan disertakan bersama-sama dengannya, iaitu Internet Explorer 10 Platform Preview 2. Sebelum ini, Microsoft telah mengeluarkan versi pembangunan pertama pada bulan April yang lepas.

Melalui Platform Preview 2 ini, ianya membawakan enjin HTML5 seperti mana yang diperlihatkan pada demo Windows 8 sebelum ini, sekaligus membawakan peningkatan sokongan untuk HTML5 dan CSS3, serta pada masa yang sama meningkatkan prestasi pelayar web tersebut.

Seperti versi pembangunan lain, ianya tidak digalakkan untuk pengguna biasa mengujinya, dan ianya hanya membawakan kemaskini dari segi terasnya sahaja, dan bukan dari segi antaramuka dan sebagainya buat masa ini.

Sekiranya anda merupakan seorang pembangun, anda boleh memuat-turun Internet Explorer 10 Platform Preview 2 ini, dan mengujinya terlebih dahulu hari ini.


TIPS & ULASAN