Setelah lebih setahun tablet Apple dilancarkan, kini bilangan aplikasi yang dioptimasikan khas untuk iPad telah pun melangkaui lebih daripada 100,000 aplikasi. Ini sekaligus meletakkan Apple dihadapan dalam bilangan aplikasi yang ditawarkan dimana telah dioptimasikan untuk para pengguna tablet.
Akhir-akhir ini, tablet telah menjadi salah satu peranti permintaan ramai, dengan semua pembangun peranti mengeluarkan tablet masing-masing, dengan HP dengan TouchPad menggunakan webOS; Samsung, HTC, Motorola dan lain-lain membangunkan tablet Android, RIM memperkenalkan tablet BlackBerry dan banyak lagi, dan salah satu perkara yang menjadi permintaan pengguna adalah aplikasi untuknya.
Pembangun aplikasi tempatan, Terato Tech sendiri pernah mengeluarkan beberapa aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet iPad, termasuk Aiyo Magazine dan Forest Fables, selain pengeluar akhbar tempatan popular turut mengeluarkan aplikasi iPad masing-masing, termasuk Harian Metro dan juga NST.