Pekerja Terato Berhenti Dengan Mengumumkan Nama Aplikasi Akan Datang

Pekerja Terato Berhenti Dengan Mengumumkan Nama Aplikasi Akan Datang

Diterbitkan pada June 30, 2011 oleh .

Hari ini, salah seorang pekerja di Terato Tech, yang dikenali sebagai Salih telah pun berhenti daripadanya dalam meneruskan cita-cita beliau, dan menariknya adalah dalam artikel terakhir tulisan beliau pada blog, beliau memperlihatkan nama aplikasi akan datang daripada Terato yang dikenali sebagai Adam Dream.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui samada adakah ianya merupakan nama kod dikalangan pekerja-pekerja Terato Tech ataupun nama aplikasi tersebut sendiri. Namun apa yang pasti, ianya merupakan aplikasi yang jauh berbeza sekali dengan Undies.my yang mana turut sama dalam pembangunan sekarang di Terato Tech.

Info lanjut berkenaan dengan Adam Dream juga tidak diketahui buat masa ini. Namun mungkin dalam masa terdekat, kita akan dapat maklumat lanjut berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN