Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk mempromosi serta menarik pengguna untuk mencuba peranti Xperia Play keluaran Sony Ericsson, kini khas untuk para pengguna tempatan, mereka memperkenalkan pertandingan khas yang mana menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM100,000 kepada pemenangnya.


Hadiah RM100,000 Ditawarkan Sony Ericsson Malaysia [via]

Pertandingan tersebut yang bakal diadakan di empat bandar utama, iaitu Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Kuala Lumpur akan bermula pada pertengahan Julai ini, iaitu pada 15 Julai, dan berakhir pada 7 Ogos.

  • Pulau Pinang : 15 – 17 Julai 2011
  • Ipoh : 22 – 24 Julai 2011
  • Johor Bahru : 29 – 31 Julai 2011
  • Kuala Lumpur : 3 – 5 Ogos 2011
  • Suku Akhir (Kuala Lumpur) : 6 Ogos 2011
  • Separuh Akhir dan Akhir (Kuala Lumpur) : 7 Ogos 2011

Untuk pertandingan tersebut, seperti semua ketahui, Xperia Play akan digunakan, dan permainan yang akan dimainkan adalah Asphalt 6, iaitu permainan bergenre perlumbaan. Dan apa yang menariknya, adalah untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 itu, para pemain dan peserta perlulah mempunyai peranti Xperia Play itu tersendiri, dan sekiranya tidak, hadiah kemenangan akan diturunkan sebanyak lebih 95%.

Xperia Play sebelum ini telah dilancarkan di Malaysia, dijual pada harga RM1649 di pengedar rasmi Sony Ericsson, dan turut sama boleh mendapatkannya melalui Celcom pada harga serendah RM848 sahaja.

Kamera : Syefri

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd