Cari @ Amanz

Kini, Twitter melaporkan yang mana ianya sudah mencapai suatu tahap yang baru, dimana penggunanya kini menghantar lebih daripada 200 juta Tweet setiap hari. Ianya memperlihatkan peningkatan yang drastik berbanding tahun lepas dimana penggunanya hanya menghantar sekitar 65 juta Tweet sehari dan pada tahun 2009, hanya sejuta Tweet dihantar setiap hari.

Dan secara ringkasnya, ianya menunjukkan para pengguna berkongsi pelbagai perkara yang menarik, serta dengan pengenalan topik terhangat pada Twitter mengikut lokasi, ianya telah menarik minat lebih ramai pengguna untuk menggunakannya, dan mengikuti pelbagai berita disekitar mereka dengan lebih pantas lagi.

Kini, dengan lebih 1 billion Tweet dihantar setiap lima hari, semestinya Twitter merupakan antara laman sosial terkemuka didunia, dan angka tersebut meningkat naik dari hari ke hari.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd