Setelah memperkenalkan rekabentuk halaman utama yang serba baru pada awal minggu ini, bersama-sama dengan pelancaran Google+, kini Google turut sama dalam proses memperkenalkan rekabentuk baru GMail, dimana kini beberapa gambaran awal GMail baru telah pun diperlihatkan mereka sendiri.
Buat masa ini, ianya masih lagi dalam proses pembangunan. Namun begitu, para pengguna yang berminat boleh menggunakannya melalui tab tema melalui tetapan GMail. Melaluinya, Google menyediakan dua tema untuk para pengguna GMail pilih, dan mengujinya terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara rasminya oleh Google.
Selain daripada GMail, Google Calendar juga turut menerima kemaskini serupa, dan bakal diperkenalkan untuk semua dalam beberapa hari akan datang. Secara ringkasnya, apa yang diperlihatkan melalui kemaskini rekabentuk baru GMail ini, ianya kelihatan amat kemas dan menarik berbanding tema semasa sekarang pada GMail. Apa kata anda?